Tuan-tuan/puan-puan
Mesyuarat Pemilihan Petugas Ujian Bertulis dan Lisan bagi MUET PT 2011
akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 03 MAC 2011 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Guar Chempedak
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 ptg
Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama semua sekolah yang belum menghantar senarai pencalonan pengawas dan pemeriksa untuk berbuat demikian dengan kadar yang segera.
Sekian, terima kasih.
Dari : Nor Rizuwan
Administrator
muetkedah.blogspot.com
BLOG INI DICETUSKAN UNTUK MEMBERI ALTERNATIF KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI DARI UNIT PRA U, PROFESIONAL DAN LUAR NEGERI
Monday, February 28, 2011
Wednesday, February 9, 2011
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN STPM BAGI CALON SEKOLAH
Makluman berkaitan pendaftaran STPM 2011
Tarikh Tutup ialah 10 Feb 2011 oleh itu kemasukkan data calon perlulah dilakukan segera jika masih terdapat kesilapan maklumat-maklumat calon yang telah dimasukkan sebelum ini. Harapan kami di UPUPLN agar proses kemasukan data calon berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah pada permulaan sistem secara atas talian ini.
Namun permasalahan ini akan segera diatasi oleh MPM bagi melancarkan proses pendaftaran STPM/MUET di masa akan datang. Segala komen dan cadangan bagi meningkatkan sistem pendaftaran on-line sila maklumkan kepada kami untuk dibawa ke pengetahuan MPM.
Kami di UPUPLN mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian semua Setiausaha Sekolah dan Penyelaras Institusi yang telah banyak membantu dalam proses pendaftaran kali ini.
Sekian.
Labels:
Tutup dan terima kasih
Wednesday, January 26, 2011
PERINGATAN TARIKH TUTUP PADA 03 FEB 2011
Peringatan kepada semua bakal-bakal calon MUET PT 2011 dan SU MUET dari pusat2 MUET seluruh Negeri Kedah.
Tarikh Tutup MUET PT 2011 telah dilanjutkan pada 03 Feb 2011
Oleh sebab itu, diingatkan bahawa semua permohonan pendaftaran MUET dan Pembayaran melalui Pin MEC atau Perbankan Internet perlu dibuat sebelum 11.59 malam 03 Feb 2011.
Permohonan yang telah dibuat kemudian tidak disertakan dengan pengesahan pembayaran melalui 2 cara di atas serta pengecualian kepada pusat tertentu yang membayar melalui cek akaun sekolah, tidak akan diproses oleh MPM.
Harapan kami agar semua calon yang akan menduduki MUET PT 2011 dapat mendaftar dan membuat pembayaran sebelum sistem pendaftaran on-line di portal www.mesp.gov.my/online dihentikan operasi untuk pendaftaran selepas tarikh 03 Feb 2011 dan masa 11.59 malam.
Sekian, terima kasih atas keperihatinan semua pihak dalam pendaftaran MUET kali ini.
Labels:
Ingatan kapada Calon 1 dan 3
Tuesday, January 18, 2011
Calon SI - Cek Boleh Guna untuk Sekolah dan Institusi
Diumumkan di sini pada 11.00 pagi 19 Jan 2011 MPM telah bersetuju untuk menerima pembayaran melalui cek atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia dengan jumlah RM60 X Bil Calon yang akan mengambil MUET.
Kaedah ini difikirkan releven kerana terdapat banyak Sekolah dan Institusi yang telah mengutip wang calon dan dimasukkan ke dalam akaun Sekolah/Institusi. Oleh sebab itu MPM memberi kelonggaran untuk kaedah pembayaran sahaja.
Cara pendaftaran calon mesti dilakukan secara On-line iaitu nama semua calon dimasukkan ke dalam sistem dan pembayaran cek dihantar kepada JPN Kedah untuk tujuan pemantauan untuk dimaklumkan kepada MPM.
Sekian, terima kasih

Cek Boleh Guna
Jangan Tunggu-Tunggu Lagi Bertindak Segera
Perhatian dan Tindakan SU (STPM/MUET) dan Penyelaras MUET
Tarikh tutup pendaftaran MUET kian hampir iaitu pada 27 Januari 2011, maka dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk mendaftarkan pelajar-pelajar ke sistem www.mesp.gov.my dengan kadar segera. Tidak perlu menunggu pelajar tuan-tuan dan puan-puan membayar dulu. susun pelajar-pelajar tuan-tuan dan puan-puan mengikut susunan yang dikehendaki oleh tuan-tuan dan puan-puan.
Tahniah dan terima kasih kepada SU yang telah bertindak memndaftarkan calon mereka. Kami di UPUPLN mengucapkan syabas kerana semua yang terlibat dalam menjayakan kaedah Pendaftaran kali ini, yang amat memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam menyempurnakan tugas dan amanah tersebut.
Sekian, terima kasih.
Dr. Nor Rizuwan Abdullah
Blogger Admin MuetKedah
Thursday, January 13, 2011
Pengurusan Data ICT yang teratur
Perhatian kepada semua
Setiausaha MUET/STPM Sekolah
Penyelaras MUET Institusi-Institusi
Tuan/Puan
Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan menghantar e-mail permulaan agar administrator mendapat alamat e-mail tuan-tuan dan puan-puan dalam bentuk digital di dalam akaun e-mail muet.kedah@gmail.com
Kami amatlah berharap kerjasama dari tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan tadbir urus unit PUPLN menjadi lebih efektif di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Dari
Admin MUETKEDAH

Sunday, January 9, 2011
Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 kepada Setia Usaha & Penyelaras Institusi
Tuan-tuan/ Puan-puan
Dengan ini dimaklumkan bahawa Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 ditetapkan seperti butiran di bawah :
Tarikh Tempat Daerah
11 Jan 2011 SMK Tanjung Puteri Baling/Sik & Kulim/Bandar Baharu
12 Jan 2011 SMK Sungai Layar, Sg Patani Kuala Muda / Yan
13 Jan 2011 BTPN, JPN Kedah, Alor Setar K. Setar/Kbg Pasu/
P. Terap/ Pendang/ Langkawi
Semua SU dan Penyelaras yang tidak mendapat surat panggilan mesyuarat/Taklimat ini sila hubungi pegawai bertugas di talian 04-7007655 atau melalui e-mail muet.kedah@gmail.com
Diharapkan tuan/puan dapat menghadirkan diri kerana pendaftaran STPM dan MUET mulai kali ini akan dilakukan secara atas talian dan semua pembayaran dibuat melalui BSN atau Perbankan Internet.
Jangan lupa untuk membawa komputer riba yang mempunyai kemudahan wifi atau broadband dan senarai nama calon yang akan menduduki berserta no KP mereka.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan/puan untuk melengkapkan diri menghadiri taklimat tersebut.
Sekian, terima kasih.
mesej dari Admin UPUPLN

Mesej sebelum Taklimat
Subscribe to:
Posts (Atom)