PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Wednesday, February 9, 2011

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN STPM BAGI CALON SEKOLAH

Makluman berkaitan pendaftaran STPM 2011

Tarikh Tutup ialah 10 Feb 2011 oleh itu kemasukkan data calon perlulah dilakukan segera jika masih terdapat kesilapan maklumat-maklumat calon yang telah dimasukkan sebelum ini. Harapan kami di UPUPLN agar proses kemasukan data calon berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah pada permulaan sistem secara atas talian ini.
Namun permasalahan ini akan segera diatasi oleh MPM bagi melancarkan proses pendaftaran STPM/MUET di masa akan datang. Segala komen dan cadangan bagi meningkatkan sistem pendaftaran on-line sila maklumkan kepada kami untuk dibawa ke pengetahuan MPM.
Kami di UPUPLN mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian semua Setiausaha Sekolah dan Penyelaras Institusi yang telah banyak membantu dalam proses pendaftaran kali ini.
Sekian.

2 comments:

  1. kalu kt terengganu pun sme ke trikh tutp utk retake stpm

    ReplyDelete
  2. Iye sama aje di seluruh Malaysia, tarikh tutup pendaftaran calon STPM

    ReplyDelete