PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Saturday, January 23, 2010

Tarikh tutup Pendaftaran MUET Kian Hampir

Untuk Makluman semua pihak yang terlibat sila ambil tindakan segera bagi menyelesaikan proses pendaftaran calon Sekolah atau Institusi tuan/puan.

1. E-mailkan fail text SPMUET ke email exammuet.jpnkedah@gmail.com

2. menghantar borang-borang dan Disket berkenaan ke PPD masing-masing dengan lengkap

3. Perlu diingatkan bahawa bayaran perlu ditandatangani oleh 3 org pemegang akaun untuk bayaran melebihi RM10,000.00


Sekian

Thursday, January 14, 2010

Selamat D Laksanakan


1. UPUPLN mengucapkan terima kasih kepada semua tuan-tuan dan puan-puan yang telah menghadirkan diri tanpa keuzuran ke taklimat-taklimat pendaftaran calon yang telah diadakan pada 12, 13 dan 14 Jan 2010.


2. Semoga pendaftaran STPM/MUET 2010 berjalan lancar seperti ketetapan tarikh-tarikh yang dipersetujui bersama.


3. Sekian, terima kasih

Sunday, January 10, 2010

Pendaftaran MUET Bermula

Kepada Semua Bakal Calon MUET PT 2010

1 Pada 11 Jan hingga 28 Jan 2010 kaunter-kaunter bagi pendaftaran MUEt PT 2010 sudah mula dibuka untuk memberi dan menerima borang pendaftaran MUET PT2010.

2. Waktu berurusan ialah pada Ahad (8.30pagi - 12.15 tgh & 2.30 ptg - 4.45 ptg), Isnin - Khamis (8.30 pg - 12.45 tgh & 2.15ptg - 4.45ptg). Diharap mendapat kerjasama daripada semua pelanggan yang hendak berurusan di kaunter-kaunter peperiksaan.

3. i. Kaunter-kaunter pendaftaran MUET PT 2010 adalah seperti berikut iaitu
Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP),
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,
Kompleks pendidikan, Jalan Stadium,
Alor Setar, Kedah.

ii. Semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar,
Padang Terap, Pendang, Kuala Muda Yan, Baling Sik dan Kulim Bandar Baharu.
4. Diharapkan semua calon-calon yang ingin mendaftar boleh mengunjungi kaunter-kaunter yang tersebut di atas.
5. Kepada yang bermasalah atau ingin mendapat maklumat lanjut tentang pendaftaran MUET PT 2010 boleh menghubungi En Nor Rizuwan bin Abdulah di talian 04-7007655 dan Pn Nazirah bt Wan Dollah di talian 04-7007657

Friday, January 8, 2010

Pendaftaran MUET Pertengahan Tahun 2010

Kepada
Semua SU Peperiksaan MUET/STPM 2010 & Pegawai Peperiksaan Institusi-Institusi
SMK/ SABK /Inst. Perguruan / Politeknik / Matrikulasi/ UiTM/ AIMST/ OUM/ Kolej Mara
Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan melaksanakan MUET AT 2009 yang lalu. Keputusan MUET AT 2009 Tka lama lagi akan diumumkan oleh sebab itu, Blog Makluman ini akan bermula le plak sibuk ye untuk musim baru ini iaitu Pendaftaran MUET PT 2010 yang akan diiklankan pada 11 Jan 2010. Pada 11 Jan hingga 28 Jan 2010 pendaftaran untuk semua calon dibuka bagi calon yang ingin menduduki Ujian MUET PT2010 yang akan diadakan pada 24 April 2010 (MUET Bertulis) manakala 3,4,5,10.11 & 12 Mei 2010 (MUET Speaking).
Sehubungan dengan pendaftaran MUET PT 2010 taklimat-taklimat berkenaan pendaftaran calon SI dan Persendirian akan diadakan seperti berikut :
Tarikh Daerah Tempat
12 Jan 2010 Kuala Muda Yan Bilik Mesyuarat, PPD KMY
13 Jan 2010 Kulim Bandar Baharu Anjung Keladi, SMK Keladi, Kulim
Baling Sik
14 Jan 2010 Kota Setar/ Pendang Bilik Kenaga, BTPN, JPNK, Alor Setar
Kubang Pasu/
Padang Terap &
Langkawi
Surat panggilan kehadiran SU Peperiksaan/ Pegawai Peperiksaan dari Sekolah/Institut yang terlibat telah diedarkan ke semua permis masing-masing. Diharapkan semua yang terlibat akan menghubungi saya sekiranya tidak menerima surat tersebut.
sekian, terima kasih.