PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Sunday, January 10, 2010

Pendaftaran MUET Bermula

Kepada Semua Bakal Calon MUET PT 2010

1 Pada 11 Jan hingga 28 Jan 2010 kaunter-kaunter bagi pendaftaran MUEt PT 2010 sudah mula dibuka untuk memberi dan menerima borang pendaftaran MUET PT2010.

2. Waktu berurusan ialah pada Ahad (8.30pagi - 12.15 tgh & 2.30 ptg - 4.45 ptg), Isnin - Khamis (8.30 pg - 12.45 tgh & 2.15ptg - 4.45ptg). Diharap mendapat kerjasama daripada semua pelanggan yang hendak berurusan di kaunter-kaunter peperiksaan.

3. i. Kaunter-kaunter pendaftaran MUET PT 2010 adalah seperti berikut iaitu
Kaunter Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP),
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah,
Kompleks pendidikan, Jalan Stadium,
Alor Setar, Kedah.

ii. Semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar,
Padang Terap, Pendang, Kuala Muda Yan, Baling Sik dan Kulim Bandar Baharu.
4. Diharapkan semua calon-calon yang ingin mendaftar boleh mengunjungi kaunter-kaunter yang tersebut di atas.
5. Kepada yang bermasalah atau ingin mendapat maklumat lanjut tentang pendaftaran MUET PT 2010 boleh menghubungi En Nor Rizuwan bin Abdulah di talian 04-7007655 dan Pn Nazirah bt Wan Dollah di talian 04-7007657

No comments:

Post a Comment