PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Friday, January 8, 2010

Pendaftaran MUET Pertengahan Tahun 2010

Kepada
Semua SU Peperiksaan MUET/STPM 2010 & Pegawai Peperiksaan Institusi-Institusi
SMK/ SABK /Inst. Perguruan / Politeknik / Matrikulasi/ UiTM/ AIMST/ OUM/ Kolej Mara
Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan melaksanakan MUET AT 2009 yang lalu. Keputusan MUET AT 2009 Tka lama lagi akan diumumkan oleh sebab itu, Blog Makluman ini akan bermula le plak sibuk ye untuk musim baru ini iaitu Pendaftaran MUET PT 2010 yang akan diiklankan pada 11 Jan 2010. Pada 11 Jan hingga 28 Jan 2010 pendaftaran untuk semua calon dibuka bagi calon yang ingin menduduki Ujian MUET PT2010 yang akan diadakan pada 24 April 2010 (MUET Bertulis) manakala 3,4,5,10.11 & 12 Mei 2010 (MUET Speaking).
Sehubungan dengan pendaftaran MUET PT 2010 taklimat-taklimat berkenaan pendaftaran calon SI dan Persendirian akan diadakan seperti berikut :
Tarikh Daerah Tempat
12 Jan 2010 Kuala Muda Yan Bilik Mesyuarat, PPD KMY
13 Jan 2010 Kulim Bandar Baharu Anjung Keladi, SMK Keladi, Kulim
Baling Sik
14 Jan 2010 Kota Setar/ Pendang Bilik Kenaga, BTPN, JPNK, Alor Setar
Kubang Pasu/
Padang Terap &
Langkawi
Surat panggilan kehadiran SU Peperiksaan/ Pegawai Peperiksaan dari Sekolah/Institut yang terlibat telah diedarkan ke semua permis masing-masing. Diharapkan semua yang terlibat akan menghubungi saya sekiranya tidak menerima surat tersebut.
sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment