PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Thursday, March 7, 2013

Hari yang dinanti-nantikan 09/03/2013(Sabtu)

kMuet Sesi Mac 2013 akan berlangsung pada tarikh di atas. Semua calon yang telah mengambil ujian Speaking perlu hadir ke pusat-pusat mengikut Muet/D masing-masing.Kami di SPP, JPN Kedah ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua calon Muet Sesi Mac 2013.

Tuesday, February 26, 2013

MUET SPEAKING SELESAI

Selama 6 hari calon Muet Speaking melalui satu komponen ujian iaitu Speaking yang pemberatan keseluruhan 15% membawa markah keseluruhan komponen ini ialah 45.

Thursday, January 3, 2013

BERITA PANAS ! Keputusan Muet Sesi Nov 2012

Semua Calon dan Penyelaras/Setiausaha boleh mula menyemak Keputusan bermula 12.01 pagi 08/01/2013 melalui SMS, manakala secara online di www.mpm.edu.my mulai 10.00 pagi semsa Keputusan diumumkan secara Rasmi oleh Ketua Eksekutif MPM.
Calon-calon Sekolah/Institusi akan mendapat keputusan di Sekolah/ Institusi mereka pada masa tersebut manakala calon persendirian akan mendapat Slip Keputusan melalui Pos.
Tempoh untuk semak semula keputusan ialah 2 minggu selepas tarikh pengumuman manakala tarikh tutup pendaftaran semula ialah 14 Januari 2013.
Pendaftaran seperti kebiasaan di www.mesp.gov.my/online

Thursday, October 25, 2012

Mesyuarat Pengendalian Keselamatan STPM/MUET 2012 Peringkat Negeri Kedah

Telah pun diadakan pada 23-24/10/2012 bertempat di Hotel Cinta Sayang Golf and Country Resort Sungai Petani. Kehadiran semua Pegawai Peperiksaan Daerah, Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas yang akan menjayakan Pengendalian Peperiksaan kali ini amat dihargai. Kami di UPPUPLN mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bertugas dan menjalankan dengan integriti yang tinggi.

Thursday, September 20, 2012

PENDAFTARAN MUET SESI NOV 2012 DATANG LAGI

Cepat-cepat masa & tempat terhad untuk pendaftaran Muet Sesi November 2012, semua calon yang ingin memperbaiki keputusan boleh mendapatkan pin MEC dari BSN terdekat dan menyempurnakan pendaftaran secara online di portal www.mesp.gov.my/online sebelum 11.59 mlm (26/09/2012) bagi membolehkan MPM mengesahkan pendaftaran calon-calon yang telah membeli Pin MEC tersebut.
INGAT : Belian Pin MEC bukanlah bukti pendaftaran calon yang sah. Sila semak Muet/D untuk pengesahan pendaftaran mulai 5/10/2012

Tuesday, September 18, 2012

Cetakkan MUET/D mulai Hari ini

Kepada Semua Penyelaras /Setiausaha Muet Ins/Sek boleh mula mencetak Muet/D dari laman web www.mpm.edu.my

Wednesday, September 12, 2012

LPKC STPM BOLEH MULA DICETAK

MAKLUMAN KEPADA SETIAUSAHA DAN CALON PERSENDIRIAN
CETAKKAN LPKC BOLEH DIBUAT DARI www.mpm.edu.my
sekiranya terdapat pembetulan maklumat sila hubungi kami di JPN atau MPM bagi memperbetulkan kesilapan maklumat yang berlaku.
sekian