PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Friday, August 13, 2010

Mesyuarat Pemilihan Petugas STPM/MUET AT 2010

Pada 4 Ogos 2010 bertempat di SMK Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun telah diadakan pemilihan pengawas untuk STPM dan MUET AT bertulis 2010 serta Pemeriksa untuk ujian Lisan MUET AT 2010. Terima kasih untuk semua Pengawai dari PPD, Penyelia Kawasan dan Ketua Kumpulan yang hadir bagi melaksanakan tugasan masing-masing. Buat masa sekarang semua pemilihan yang telah dibuat sedang dalam penyedian surat lantikan kepada semua petugas yang telah terpilih untuk menjalankan tugas pada masa yang ditetapkan tersebut. Sebagai makluman semua butiran terperinci seperti berikut :-
Ujian Muet Lisan Tarikh 11,12 &13 dan 18,19 & 20 Okt 2010
Ujian Muet Bertulis Tarikh 13 Nov 2010 (Sabtu)
Peperiksaan STPM Bermula 23 Nov hingga 16 Dis 2010
Tarikh-tarikh penting
Taklimat Penyelarasan Pemeriksa Negeri ialah 5 Okt 2010 (Selasa)
Taklimat Pelaksanaan STPM/Muet AT ialah 9 Nov 2010 (Selasa)
Kami di UPUPLN mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dapat memberikan komitmen yang terbaik bagi menyempurnakan tugasan masing-masing ketahap yang cemerlang.
Selamat Berpuasa diucapkan pada semua dari UPUPLN