PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Wednesday, May 19, 2010

Pendaftaran calon Sekolah dan Institusi

20 Mei 2010 SPP JPN Kedah
Mohon perhatian dari Setiausaha dan Penyelaras

1. Semua proses pendaftaran adalah seperti Sebelum ini, kerana menggunakan perisian spmuet Ver 4.0 yang telah digunakan pada pendaftaran Muet PT 2010 yang lalu.

2. Setelah selesai proses kemasukan data pelajar yang akan mengambil MUET AT 2010 kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada pegawai Peperiksaan di PPD masing-masing pada atau sebelum 27 Mei 2010.

3. Dokumen-dokumen yang dinyatakan itu ialah
(i) Data Rumusan Kemasukan calon [MUET/R3(SI)]. Data ini yang diperolehi dari perisian spmuet v4.0. Data ini boleh terus diemailkan ke exammuet.jpnkedah@gmail.com manakala disket yang mengandungi fail ini dihantar bersama dengan perkara (ii) dan (iii) ke PPD masing-masing.
(ii) Penyata Bayaran [halaman terakhir [MUET/R3(SI)]
(iii) Cek/ Kiriman Wang (Money Order) bayaran yuran MUET
Semua perkara yang dinyatakan di atas hendaklah sampai ke PPD masing-masing sebelum atau pada 27 Mei 2010.

4. Mohon kerjasama Tuan Pegawai Peperiksaan Daerah di PPD untuk menghantar semua dokumen tersebut di atas kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Kedah Pada tarikh akhir penghantaran iaitu 3 Jun 2010.

sekian, terima kasih.

Rizu1
UPUPLN

Saturday, May 8, 2010

Pendaftaran MUET datang Lagi.......

1. JPNK 09 MEI 2010 Pendaftaran MUET AT 2010 akan dibuka mulai 17 Mei hingga 16 Jun 2010. maka semua sekolah/Institusi telah dihubungi oleh UPUPLN melalui surat pendaftaran MUET Akhir Tahun 2010 bertarikh 29hb April 2010.
2. Makluman kepada SU peperiksaan atau Penyelaras Muet di Institusi untuk tindakan lanjut sila rujuk surat tersebut dari pentadbir masing-masing.
3. Bersama-sama surat tersebut disertakan surat pencalonan Pemeriksa untuk ujian Lisan Muet AT 2010 untuk tindakan pihak Sekolah/ Institusi Tuan-tuan/Puan-Puan.
4. Harapan kami agar tuan-tuan/puan-puan dapat mendaftarkan calon-calon dari sekolah/institusi tuan/puan.
5. Sebarang masalah boleh menghubungi En. Nor Rizuwan bin Abdullah ditalian 04-7007655 atau HP 019-4115152.
sekian, terima kasih.
Dr Rizu1
UPUPLN