20 Mei 2010 SPP JPN Kedah
Mohon perhatian dari Setiausaha dan Penyelaras
1. Semua proses pendaftaran adalah seperti Sebelum ini, kerana menggunakan perisian spmuet Ver 4.0 yang telah digunakan pada pendaftaran Muet PT 2010 yang lalu.
2. Setelah selesai proses kemasukan data pelajar yang akan mengambil MUET AT 2010 kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan perlu menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada pegawai Peperiksaan di PPD masing-masing pada atau sebelum 27 Mei 2010.
3. Dokumen-dokumen yang dinyatakan itu ialah
(i) Data Rumusan Kemasukan calon [MUET/R3(SI)]. Data ini yang diperolehi dari perisian spmuet v4.0. Data ini boleh terus diemailkan ke exammuet.jpnkedah@gmail.com manakala disket yang mengandungi fail ini dihantar bersama dengan perkara (ii) dan (iii) ke PPD masing-masing.
(ii) Penyata Bayaran [halaman terakhir [MUET/R3(SI)]
(iii) Cek/ Kiriman Wang (Money Order) bayaran yuran MUET
Semua perkara yang dinyatakan di atas hendaklah sampai ke PPD masing-masing sebelum atau pada 27 Mei 2010.
4. Mohon kerjasama Tuan Pegawai Peperiksaan Daerah di PPD untuk menghantar semua dokumen tersebut di atas kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPN Kedah Pada tarikh akhir penghantaran iaitu 3 Jun 2010.
sekian, terima kasih.
Rizu1
UPUPLN
No comments:
Post a Comment