PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Sunday, January 9, 2011

Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 kepada Setia Usaha & Penyelaras Institusi

Tuan-tuan/ Puan-puan

Dengan ini dimaklumkan bahawa Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 ditetapkan seperti butiran di bawah :

Tarikh Tempat Daerah

11 Jan 2011 SMK Tanjung Puteri Baling/Sik & Kulim/Bandar Baharu

12 Jan 2011 SMK Sungai Layar, Sg Patani Kuala Muda / Yan

13 Jan 2011 BTPN, JPN Kedah, Alor Setar K. Setar/Kbg Pasu/
P. Terap/ Pendang/ Langkawi

Semua SU dan Penyelaras yang tidak mendapat surat panggilan mesyuarat/Taklimat ini sila hubungi pegawai bertugas di talian 04-7007655 atau melalui e-mail muet.kedah@gmail.com

Diharapkan tuan/puan dapat menghadirkan diri kerana pendaftaran STPM dan MUET mulai kali ini akan dilakukan secara atas talian dan semua pembayaran dibuat melalui BSN atau Perbankan Internet.

Jangan lupa untuk membawa komputer riba yang mempunyai kemudahan wifi atau broadband dan senarai nama calon yang akan menduduki berserta no KP mereka.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan/puan untuk melengkapkan diri menghadiri taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih.

mesej dari Admin UPUPLN

No comments:

Post a Comment