PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Saturday, December 17, 2011

Pendaftaran Mac 2012 bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan muet

Daripada tarikh keputusan Muet AT2011 sehingga 19 Jan 2012. Calon-calon yang ingin mendaftar sila dapatkan no. pin MEC dari kaunter BSN dengan bayaran RM101 sahaja dan melayari www.mesp.gov.my/online untuk meneruskan proses pendaftaran secara atas talian.

Sekian


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, October 22, 2011

Pendaftaran MUET Mac 2012

1. Akan dibuka bermula 1 Nov hingga 17 Nov 2011.
2. Semua pusat ujian muet yang sedia ada akan diberi tahu melalui surat arahan pendaftaran yang akan mula di hantar mulai 23/10/2011.
3. E-mail juga akan dihantar ke semua alamat e-mail sekolah dan su atau penyelaras yang ada dalam rekod UPUPLN.
4. Proses pendaftaran sama seperti sebelum ini, semua cara boleh dirujuk dari www.mpm.edu.my
5. Pusat-pusat yang dibuka untuk calon persendirian adalah terhad.
6. Calon yang ingin mendaftar boleh membeli pin mec dari BSN dengan bayaran sebanyak RM101.
7. Layari www.mesp.gov.my/online bagi melengkapkan proses pendaftaran yang dibuat.
Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk melancarkan fasa pendaftaran Muet Mac 2012.
Sekian, terima kasih.

Pesanan ikhlas Dr
Nor Rizuwan Abdullah
Penolong Pengarah (Muet)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

Calon-Calon MUET Akhir Tahun 2011 Jangan dok makngot lagi....

Terdapat 2....3 kes dah ni hubungi saya bagi tau bahawa mereka tak tau yang tarikh ujian speaking kena pada 11,12 @ 13 okt 2011.
Jadi mereka tu boleh le lagi dibantu sebab ada fasa 2 ujian speaking pada 18,19 @ 20 okt 2011.
Klu 3 hari tu terlepas maka tak dapat leee Saya menolong lagi yeee...
Maka tolong le semak dan hadirkan diri masing-masing untuk diuji di pusat yg telah dijadualkan oleh MPM.
Semakkan MUET/D di www.mpm.edu.my
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 2, 2011

Mesyuarat Penyelarasan MUET AT 2011

Maklumat mengenai Mesyuarat Penyelarasan tersebut akan diadakan seperti berikut:
1. Zon Selatan ( PPD KMY, BS & KBB) pada 03 Okt 2011 (Isnin) bertempat di SMK Ibrahim, Sg Petani.
2. Zon Utara (PPD LKW, KP, KS, PT & PD) pada 04 Okt 2011 (Selasa) bertempat di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlon.
Semua yang terlibat ialah Pegawai Peperiksaan PPD, Penyelia Kawasan, Ketua Kumpulan, Ketua Pasukan & Pemeriksa diharapkan dapat menghadirkan diri bagi perlaksanaan yang berkualiti tinggi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 21, 2011

Pengedaran Slip Meja Muet AT 2011

Makluman kepada semua Pusat-pusat Utama Muet AT 2011 pengedaran Slip Meja bagi Ujian bertulis 19 Nov 2011. Akan diadakan pada 29 September 2011 Masa 8-12 tgh sila bawa cop rasmi sekolah untuk pengesahan penerimaan. Sila hubungi pegawai peperiksaan ppd jika mempunyai masalah pada masa tersebut. Sekian terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 11, 2011

Cetak MUET/D Mulai 8 September 2011

1. Bermula 8 September 2011 MPM telah pun memuat naik semua Slip MUET/D ( Pendaftaran) di laman web www.mpm.edu.my calon yang membuat pendaftaran.
2. Semua calon boleh mula mencetak dan menyemak slip MUET/D masing-masing di laman web www.mpm.edu.my
3. Jika terdapat kesilapan maklumat sila isikan borang pembetulan maklumat yang boleh di muat turun dari pautan Muat Turun laman portal ini.
4. Sebarang permohonan menumpang Pusat Ujian boleh dibuat dengan mengunakan borang yang boleh diambil dari halaman semakan tersebut.
5. Sekian, segala usaha dan kerjasama daripada tuan-tuan/puan-puan dalam menjayakan Ujian MUET Akhir tahun 2011 didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Friday, September 9, 2011

Muet/D -cara mendapatkannya

Semua calon boleh mula mencetak slip MUET/D dari www.mpm.edu.my bermula 8 September 2011
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 29, 2011

Ucapan SELAMAT MERDEKARAYA

Kami di UPUPLN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Merdeka kepada semua Tuan-Tuan Pegawai Peperiksaan Daerah, Tuan-Tuan dan Puan Penyelia Kawasan, Tuan dan Puan-Puan Ketua Kumpulan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan seterusnya Penolong Pengawas dan Pemeriksa dan tidak dilupakan kepada semua yang menyumbang ke arah kemajuan pengendalian MUET/STPM di Kedah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 11, 2011

Calon STPM 2011 Boleh Mencetak LPKC

Kerjasama dari semua setiausaha STPM sekolah-sekolah yang menjadi pusat peperiksaan STPM 2011. LPKC Calon masing-masing boleh mula dicetak dari laman web www.mpm.edu.my
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, June 11, 2011

Pendaftaran MUET bagi calon PT 2011

Calon yang ingin memperbaiki keputusan MUET bolehlah mendaftar sehingga tarikh tamat pendaftaran iaitu 21 Julai 2011. Cara yang sama untuk mendaftar seperti pendaftaran sebelum ini.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, May 9, 2011

kalendar STPM/MUET 2011

pendaftaran ujian muet akhir tahun akan dibuka
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

Pendaftaran MUET Datang Lagi.......

Jangan ketinggalan kali ini untuk mendaftarkan diri atau calon Sekolah/Institusi Tuan/Puan. Masa untuk mendaftar amat panjang kerana 24X7 tiada masa tutup urusan pendaftaran secara atas talian. Tarikhnya plak dari 18 Mei 2011 hingga 20 Jun 2011. Caranya mudah 1...2....4 @ 1....3.....4 jadi pilih yang mana tuan/puan suka.layari www.mesp.gov.my/online untuk langkah 1
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, March 28, 2011

Tarikh tutup STPM 2011 Hari Ini 29 Mac 2011

Desk Slip Diedarkan ke Pusat-Pusat Utama

Pengumuman Kepada Semua SU dan Penyelaras Pusat-Pusat MUET PT 2011

  1. Desk Slip telah pun dihantar kepada unit Peperiksaan PPD masing-masing pada 28/03/2011.

  2. Surat arahan mengambil Desk Slip tersebut telah diedarkan melalui penghantaran melalui peti surat di PPD Masing-masing mulai 24/03/2011

  3. Sila dapatkan surat arahan pengambilan Desk Slip tersebut.

  4. Pengambilan Desk Slip boleh diambil pada 03/04/2011 (Ahad) di unit Peperiksaan PPD Masing-masing.

  5. Setelah mendapat Desk Slip tersebut SU atau Penyelaras boleh la menampalkan pada meja calon semasa menyediakan pusat ujian di sekolah/ Institusi masing-masing.

Sekian, terima kasih.


Dr. admin


muet.kedah@gmail.com

Wednesday, March 23, 2011

MUET/D CETAK SEKARANG

Pengumuman ini khusus untuk Setiausaha/ Penyelaras dan Calon Persendirian

  • Sila cetak MUET/D dari www.mpm.edu.my untuk calon persendirian manakala
  • Calon Sekolah/ Institusi yang mendaftar sebagai Persendirian juga perlu mencetak sendiri di laman web www.mpm.edu.my
  • Setiausaha/ Penyelaras MUET di Pusat seluruh Negeri Kedah sila cetak MUET/D calon yang mendaftar di Sekolah/ Institusi tuan-tuan/puan-puan di laman web www.mpm.edu.my kemuadian diedarkan kepada calon-calon tersebut sebelum calon-calon ini menduduki Ujian Lisan yang akan diadakan pada 04,05 dan 06 April 2011 serta 11, 12 dan 13 April 2011 dan Ujian Bertulis pada 16 April 2011
  • Mohon kerjasama pentadbbiran sekolah/ Institusi memaklumkan kepada Setiusaha yang belum mendapat makluman ini

segala kerjasama bagi melancarkan Ujian ini didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

Nor Rizuwan Abdullah

muet.kedah@gmail.com

Wednesday, March 16, 2011

Semakkan Pemeriksa dan Pengawas

Makluman kepada semua SU dan Pentadbiran Institusi/ Sekolah

Senarai Nama Pemeriksa boleh dirujuk melalui sambungan berikut :
http://sppkedah.edu.my/main/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=6&Itemid=63

manakala Senarai Nama Pengawas boleh dirujuk melalui sambungan berikut :
http://sppkedah.edu.my/main/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=23&Itemid=63

Semua surat lantikan dan panggilan Mesyuarat sedang diedar melalui penghantaran
dan pengambilan melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing..

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 8, 2011

TRANSFORMASI ICT KIAN BERKEMBANG

  1. Menyahut seruan kerajaan dalam perubahan secara mega dalam tadbir urus pengurusan semua sektor maka dengan itu, kami di Sektor Penilaian dan Peperiksaan telah pun mengorak langkah awal bagi memulakan Transformasi ini dengan berpindah ke Host sendiri iaitu http://www.sppkedah.edu.my/ yang mana semua berita di laman Blog ini akan disambungkan ke Laman Portal di atas untuk mendapatkan fail atau bahan yang perlu untuk muat turun oleh semua yang terlibat dalam pengendalian dan pengurusan MUET di negeri Kedah.
  2. Senantiasa bersama kami di kedua-dua laman ini bagi meningkatkan pengetahuan mengenai penilaian dan peperiksaan, apa yang berlaku, terkini dan sepanjang masa serta di mana jua anda berada.
  3. Maklumat yang perlu untuk semua akan disiarkan di laman web tersebut www.sppkedah.edu.my
  4. Kami di SPP ingin mengalu-alukan semua pelawat yang ingin mendapatkan maklumat agar mempersilakan mengunjungi laman tersebut. sila lah lawati beramai-ramai.

Monday, February 28, 2011

Mesyuarat Pemilihan Petugas Bertulis dan Lisan

Tuan-tuan/puan-puan

Mesyuarat Pemilihan Petugas Ujian Bertulis dan Lisan bagi MUET PT 2011
akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 03 MAC 2011 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Guar Chempedak
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 ptg

Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama semua sekolah yang belum menghantar senarai pencalonan pengawas dan pemeriksa untuk berbuat demikian dengan kadar yang segera.

Sekian, terima kasih.

Dari : Nor Rizuwan
Administrator
muetkedah.blogspot.com

Wednesday, February 9, 2011

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN STPM BAGI CALON SEKOLAH

Makluman berkaitan pendaftaran STPM 2011

Tarikh Tutup ialah 10 Feb 2011 oleh itu kemasukkan data calon perlulah dilakukan segera jika masih terdapat kesilapan maklumat-maklumat calon yang telah dimasukkan sebelum ini. Harapan kami di UPUPLN agar proses kemasukan data calon berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah pada permulaan sistem secara atas talian ini.
Namun permasalahan ini akan segera diatasi oleh MPM bagi melancarkan proses pendaftaran STPM/MUET di masa akan datang. Segala komen dan cadangan bagi meningkatkan sistem pendaftaran on-line sila maklumkan kepada kami untuk dibawa ke pengetahuan MPM.
Kami di UPUPLN mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian semua Setiausaha Sekolah dan Penyelaras Institusi yang telah banyak membantu dalam proses pendaftaran kali ini.
Sekian.

Wednesday, January 26, 2011

PERINGATAN TARIKH TUTUP PADA 03 FEB 2011

Peringatan kepada semua bakal-bakal calon MUET PT 2011 dan SU MUET dari pusat2 MUET seluruh Negeri Kedah.
Tarikh Tutup MUET PT 2011 telah dilanjutkan pada 03 Feb 2011
Oleh sebab itu, diingatkan bahawa semua permohonan pendaftaran MUET dan Pembayaran melalui Pin MEC atau Perbankan Internet perlu dibuat sebelum 11.59 malam 03 Feb 2011.
Permohonan yang telah dibuat kemudian tidak disertakan dengan pengesahan pembayaran melalui 2 cara di atas serta pengecualian kepada pusat tertentu yang membayar melalui cek akaun sekolah, tidak akan diproses oleh MPM.
Harapan kami agar semua calon yang akan menduduki MUET PT 2011 dapat mendaftar dan membuat pembayaran sebelum sistem pendaftaran on-line di portal www.mesp.gov.my/online dihentikan operasi untuk pendaftaran selepas tarikh 03 Feb 2011 dan masa 11.59 malam.
Sekian, terima kasih atas keperihatinan semua pihak dalam pendaftaran MUET kali ini.

Tuesday, January 18, 2011

Calon SI - Cek Boleh Guna untuk Sekolah dan Institusi

Diumumkan di sini pada 11.00 pagi 19 Jan 2011 MPM telah bersetuju untuk menerima pembayaran melalui cek atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia dengan jumlah RM60 X Bil Calon yang akan mengambil MUET.

Kaedah ini difikirkan releven kerana terdapat banyak Sekolah dan Institusi yang telah mengutip wang calon dan dimasukkan ke dalam akaun Sekolah/Institusi. Oleh sebab itu MPM memberi kelonggaran untuk kaedah pembayaran sahaja.

Cara pendaftaran calon mesti dilakukan secara On-line iaitu nama semua calon dimasukkan ke dalam sistem dan pembayaran cek dihantar kepada JPN Kedah untuk tujuan pemantauan untuk dimaklumkan kepada MPM.

Sekian, terima kasih

Jangan Tunggu-Tunggu Lagi Bertindak Segera

Perhatian dan Tindakan SU (STPM/MUET) dan Penyelaras MUET

Tarikh tutup pendaftaran MUET kian hampir iaitu pada 27 Januari 2011, maka dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk mendaftarkan pelajar-pelajar ke sistem www.mesp.gov.my dengan kadar segera. Tidak perlu menunggu pelajar tuan-tuan dan puan-puan membayar dulu. susun pelajar-pelajar tuan-tuan dan puan-puan mengikut susunan yang dikehendaki oleh tuan-tuan dan puan-puan.
Tahniah dan terima kasih kepada SU yang telah bertindak memndaftarkan calon mereka. Kami di UPUPLN mengucapkan syabas kerana semua yang terlibat dalam menjayakan kaedah Pendaftaran kali ini, yang amat memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam menyempurnakan tugas dan amanah tersebut.
Sekian, terima kasih.
Dr. Nor Rizuwan Abdullah
Blogger Admin MuetKedah

Thursday, January 13, 2011

Pengurusan Data ICT yang teratur

Perhatian kepada semua
Setiausaha MUET/STPM Sekolah
Penyelaras MUET Institusi-Institusi

Tuan/Puan

Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan menghantar e-mail permulaan agar administrator mendapat alamat e-mail tuan-tuan dan puan-puan dalam bentuk digital di dalam akaun e-mail muet.kedah@gmail.com

Kami amatlah berharap kerjasama dari tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan tadbir urus unit PUPLN menjadi lebih efektif di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.


Dari
Admin MUETKEDAH

Sunday, January 9, 2011

Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 kepada Setia Usaha & Penyelaras Institusi

Tuan-tuan/ Puan-puan

Dengan ini dimaklumkan bahawa Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 ditetapkan seperti butiran di bawah :

Tarikh Tempat Daerah

11 Jan 2011 SMK Tanjung Puteri Baling/Sik & Kulim/Bandar Baharu

12 Jan 2011 SMK Sungai Layar, Sg Patani Kuala Muda / Yan

13 Jan 2011 BTPN, JPN Kedah, Alor Setar K. Setar/Kbg Pasu/
P. Terap/ Pendang/ Langkawi

Semua SU dan Penyelaras yang tidak mendapat surat panggilan mesyuarat/Taklimat ini sila hubungi pegawai bertugas di talian 04-7007655 atau melalui e-mail muet.kedah@gmail.com

Diharapkan tuan/puan dapat menghadirkan diri kerana pendaftaran STPM dan MUET mulai kali ini akan dilakukan secara atas talian dan semua pembayaran dibuat melalui BSN atau Perbankan Internet.

Jangan lupa untuk membawa komputer riba yang mempunyai kemudahan wifi atau broadband dan senarai nama calon yang akan menduduki berserta no KP mereka.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan/puan untuk melengkapkan diri menghadiri taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih.

mesej dari Admin UPUPLN

Wednesday, January 5, 2011

Tukar Cara Mendaftar Untuk Calon Persendirian MUET/STPM

sekiranya mengunakan EFT sila gunakan carta pertama
Kepada Semua bakal calon yang akan mendaftar MUET 2011 sila ambil perhatian bahawa carta alir pendaftaran untuk MUET adalah seperti di gambarajah sebelah

Tuesday, January 4, 2011

MUET AT 2010 : Mengambil Keputusan dari PPD


Kepada yang terlibat yang belum menerima surat ini menerusi e-mail sila hubungi e-mail untuk saya e-mail semula surat tersebut

sekian, terima kasih

Sunday, January 2, 2011

Pendaftaran Secara On-line Calon-calon Persendirian

Kepada
Penolong Pegawai PPD Peperiksaan
Satu Taklimat Pendaftaran Calon Persendirian MUET/STPM akan diadakan sperti butiran di bawah ;

Tarikh : 04 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi hingga 4.30 Ptg
Tempat : Anjung Perdana, JPN Kedah,

Mohon kerjasama Pen. Peg. PPD yang belum mendapat surat panggilan taklimat untuk segera menghubungi UPUPLN untuk menyelesaikan masalah tersebut.

sekian, terima kasih.