PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Sunday, September 12, 2010

Pindaan Tarikh Ujian Speaking bagi Calon Matrikulasi

14hb September 2010 JPN Kedah Alor Setar
1. kami di UPUPLN ingin mengucapkan SeLaMaT HaRi RaYa kepada semua pemeriksa yang terlibat dalam Muet Speaking.
2. Artikel kali ini adalah untuk mengembar-gemburkan Pindaan tarikh ujian speaking bagi calon matrikulasi yang akan di jalankan pada 10 hingga 14 Oktober 2010 (5 hari sahaja).
3. Manakala untuk lain-lain calon adalah seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 12, 13, 14, 18, 19 & 20 Oktober 2010(6 hari).
4. Surat Lantikan telah saya keluarkan dan hantar kepada semua Pemeriksa yang telah terpilih.
5. Kepada Pemeriksa yang telah memberi nama kepada pihak sekolah untuk dicalonkan sila rujuk surat masing2 di sekolah atau institusi masing bagi mendapatkan surat lantikan yang telah dihantar.
6. Kami di SPP dan MPM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tenaga tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan Ujian Muet kali ini.

Sekian, terima kasih.

Dari Pengarang
muetkedah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment