PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Thursday, September 30, 2010

Pengumuman Penting untuk Q dan R

1. Makluman terbaru bagi Q dan R yang akan menghadiri mesyuarat penyelarasan pada 5 Okt 2010 ini.

2. Tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki membawa Komputer riba yang mempunyai keupayaan melayari internet samada menggunakan Broadband atau pun wifi yang disediakan oleh hotel, bersama-sama ketika menghadiri Taklimat Penyelarasan tersebut.

3. Terdapat perubahan dari segi proses membuat tuntutan pemeriksa yang akan mengunakan sistem dalam talian yang diguna pakai pada kali ini.

4. Diharapkan semua Q dan R mematuhi perlaksanaan sistem ini untuk mempercepatkan lagi proses pembayaran oleh MPM kepada semua terlibat.

5. Sila hubungi Pegawai Meja MUET untuk keterangan lanjut, jika mempunyai sebarang masalh berkaitan perkara tersebut.

sekian, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam melancarkan perlaksanaan Ujian Muet Speaking kali ini.

Daripada Administrator
muetkedah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment