PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Thursday, September 30, 2010

Pengumuman Penting untuk Q dan R

1. Makluman terbaru bagi Q dan R yang akan menghadiri mesyuarat penyelarasan pada 5 Okt 2010 ini.

2. Tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki membawa Komputer riba yang mempunyai keupayaan melayari internet samada menggunakan Broadband atau pun wifi yang disediakan oleh hotel, bersama-sama ketika menghadiri Taklimat Penyelarasan tersebut.

3. Terdapat perubahan dari segi proses membuat tuntutan pemeriksa yang akan mengunakan sistem dalam talian yang diguna pakai pada kali ini.

4. Diharapkan semua Q dan R mematuhi perlaksanaan sistem ini untuk mempercepatkan lagi proses pembayaran oleh MPM kepada semua terlibat.

5. Sila hubungi Pegawai Meja MUET untuk keterangan lanjut, jika mempunyai sebarang masalh berkaitan perkara tersebut.

sekian, terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam melancarkan perlaksanaan Ujian Muet Speaking kali ini.

Daripada Administrator
muetkedah.blogspot.com

Friday, September 24, 2010

Slip Pendaftaran Calon (MUET/D) dan Slip Meja

1. Kedua-dua bahan ini sedang dalam proses pengedaran ke sekolah-sekolah dan Institusi-Institusi.
2. Bagi calon Persendirian akan menerima melalui pos.
3. Butiran pengedaran adalah seperti berikut:
4. Pengedaran dari JPN ke PPD masing akan dilakukan pada 27/09/10, mohon kerjasama Pegawai di PPD unutk mengambil di lokasi yang telah ditetapkan seperti surat yang telah difak kepada tuan-tuan.
5. Pengedaran dari PPD ke Sekolah atau Institusi pada 28/09/10 mulai jam 8.30 pagi, mohon kerjasama dari setiausaha dan penyelaras MUET untuk memaklumkan kepada pihak Pentadbiran untuk tujuan mengambil bahan dari PPD masing-masing pada masa yang telah dihebahkan melalui e-mail bertarikh 23/09/10.
6. Sekiranya terdapat penyelaras Institusi yang ingin mengambil dari JPN Kedah sila hubungi saya untuk makluman agar bahan itu tidak dipindahkan ke PPD berkenaan.

Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Artikel ini
Dari Pegawai Meja MUET
UPUPLN, SPP,
JPN Kedah

Sunday, September 12, 2010

Pindaan Tarikh Ujian Speaking bagi Calon Matrikulasi

14hb September 2010 JPN Kedah Alor Setar
1. kami di UPUPLN ingin mengucapkan SeLaMaT HaRi RaYa kepada semua pemeriksa yang terlibat dalam Muet Speaking.
2. Artikel kali ini adalah untuk mengembar-gemburkan Pindaan tarikh ujian speaking bagi calon matrikulasi yang akan di jalankan pada 10 hingga 14 Oktober 2010 (5 hari sahaja).
3. Manakala untuk lain-lain calon adalah seperti yang telah ditetapkan iaitu pada 12, 13, 14, 18, 19 & 20 Oktober 2010(6 hari).
4. Surat Lantikan telah saya keluarkan dan hantar kepada semua Pemeriksa yang telah terpilih.
5. Kepada Pemeriksa yang telah memberi nama kepada pihak sekolah untuk dicalonkan sila rujuk surat masing2 di sekolah atau institusi masing bagi mendapatkan surat lantikan yang telah dihantar.
6. Kami di SPP dan MPM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tenaga tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan Ujian Muet kali ini.

Sekian, terima kasih.

Dari Pengarang
muetkedah.blogspot.com