BLOG INI DICETUSKAN UNTUK MEMBERI ALTERNATIF KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI DARI UNIT PRA U, PROFESIONAL DAN LUAR NEGERI
Monday, June 11, 2012
Taklimat Pendedahan PBS STPM Baharu dan Pendaftaran On-Line
Tarikh : 12 Jun 2012( Selasa)
Vanue : Hotel Cinta Sayang GCR, Sg Petani, Kedah.
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Semua Pengetua dan Setiausaha STPM Sekolah yang bertingkatan 6, dijemput menyertai Majlis Taklimat ini. Turut hadir menyampaikan ucap tama ialah Tuan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan.
Penerangan akan disampaikan oleh Pegawai dari Majlis Peperiksaan Malaysia, Penolong Pengarah dari Sektor Pengurusan Sekolah dan Akademik jugak tidak ketinggalan dijemput bagi melengkapkan majlis.
Sekian, makluman terkini
Tuesday, June 5, 2012
TAKLIMAT PENDEDAHAN PENTAKSIRAN STPM BAHARU 2013
Tarikh: 12/06/2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Venue: Dewan Rajawali,
Hotel Cinta Sayang GCR
Sungai Petani, Kedah.
Makluman kepada Semua Pengetua Sekolah Menengah bertingkatan Enam dan Setiausaha Peperiksaan STPM semua Sekolah tersebut bagi menghadirkan diri bersama-sama ke Majlis di atas.
Sila maklumkan kepada Pegawai Meja STPM sekiranya pihak Tuan/Puan tidak mendapat surat panggilan mesyuarat tersebut.
Sunday, May 27, 2012
SEMAKAN PENDAFTARAN MUET SESI JULAI 2012
Friday, May 18, 2012
MUET SESI JULAI 2012
Pendaftaran selesai untuk Muet Sesi Julai 2012, Data seperti di bawah:
Bil. Pusat yang dibuka. : 53
Bil. calon Sekolah Kerajaan : 2142
Bil. calon Sekolah swasta : 20
Bil. calon Persendirian. : 1336
Bil. calon Diploma. : 504
Bil. calon Ijazah : 126
Jumlah Keseluruhan. : 4128
Pecahan Pusat Mengikut PPD seperti di bawah :
1. PPD LANGKAWI - 1
2. PPD KKUBANG PASU - 6
3. PPD KOTA SETAR - 10
4. PPD PADANG TERAP -1
5. PPD PENDANG -2
6. PPD KUALA MUDA YAN - 18
7. PPD BALING SIK - 4
8. PPD KULIM BANDAR BAHARU- 11
Sekian, makluman kepada semua
Saturday, May 12, 2012
Muet 2012 Julai plak
Penentuan pusat ujian sedang dilaksanakan dan dijangka akan disiapkan dalam masa terdekat ini. Selepas itu, proses pengesahan dan seterusnya penyediaan Jadual Pergerakan Pemeriksa dan Calon (JPPC) bagi kertas lisan pulak menyusul disamping kerenah calon untuk pindah dan tumpang pusat telah menjadi asam garam dalam pengurusan pengendalian muet selalunya. Adalah menjadi perkara pelik tapi tak mustahil tanpa ada seorang pun calon yang pindah atau tumpang pusat. Ini adalah kerana terdapat calon yang memilih pusat di Negeri Kedah sedangkan sudah pasti mereka akan berada di Kampung asal mereka di Negeri Lain semasa ujian berlangsung. Mungkin harga pindah/Tumpang terlalu murah hanya RM25 sahaja. Mengapakah terjadinya perkara ini? Adakah kerana calon-calon yang mendaftar ini tiada perancangan untuk masa-masa tersebut. Tepuk dada Tanya Pokok......haaa haaa
Tuesday, May 8, 2012
MESYUARAT MPM/JPN KALI 58
Muzakarah untuk membincang Pengurusan Peperiksaan di bawah Kendalian MPM. :-)