Penentuan pusat ujian sedang dilaksanakan dan dijangka akan disiapkan dalam masa terdekat ini. Selepas itu, proses pengesahan dan seterusnya penyediaan Jadual Pergerakan Pemeriksa dan Calon (JPPC) bagi kertas lisan pulak menyusul disamping kerenah calon untuk pindah dan tumpang pusat telah menjadi asam garam dalam pengurusan pengendalian muet selalunya. Adalah menjadi perkara pelik tapi tak mustahil tanpa ada seorang pun calon yang pindah atau tumpang pusat. Ini adalah kerana terdapat calon yang memilih pusat di Negeri Kedah sedangkan sudah pasti mereka akan berada di Kampung asal mereka di Negeri Lain semasa ujian berlangsung. Mungkin harga pindah/Tumpang terlalu murah hanya RM25 sahaja. Mengapakah terjadinya perkara ini? Adakah kerana calon-calon yang mendaftar ini tiada perancangan untuk masa-masa tersebut. Tepuk dada Tanya Pokok......haaa haaa
No comments:
Post a Comment