PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Tuesday, January 18, 2011

Jangan Tunggu-Tunggu Lagi Bertindak Segera

Perhatian dan Tindakan SU (STPM/MUET) dan Penyelaras MUET

Tarikh tutup pendaftaran MUET kian hampir iaitu pada 27 Januari 2011, maka dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk mendaftarkan pelajar-pelajar ke sistem www.mesp.gov.my dengan kadar segera. Tidak perlu menunggu pelajar tuan-tuan dan puan-puan membayar dulu. susun pelajar-pelajar tuan-tuan dan puan-puan mengikut susunan yang dikehendaki oleh tuan-tuan dan puan-puan.
Tahniah dan terima kasih kepada SU yang telah bertindak memndaftarkan calon mereka. Kami di UPUPLN mengucapkan syabas kerana semua yang terlibat dalam menjayakan kaedah Pendaftaran kali ini, yang amat memerlukan kesabaran yang amat tinggi dalam menyempurnakan tugas dan amanah tersebut.
Sekian, terima kasih.
Dr. Nor Rizuwan Abdullah
Blogger Admin MuetKedah

Thursday, January 13, 2011

Pengurusan Data ICT yang teratur

Perhatian kepada semua
Setiausaha MUET/STPM Sekolah
Penyelaras MUET Institusi-Institusi

Tuan/Puan

Mohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan menghantar e-mail permulaan agar administrator mendapat alamat e-mail tuan-tuan dan puan-puan dalam bentuk digital di dalam akaun e-mail muet.kedah@gmail.com

Kami amatlah berharap kerjasama dari tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan tadbir urus unit PUPLN menjadi lebih efektif di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.


Dari
Admin MUETKEDAH

Sunday, January 9, 2011

Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 kepada Setia Usaha & Penyelaras Institusi

Tuan-tuan/ Puan-puan

Dengan ini dimaklumkan bahawa Taklimat Pendaftaran STPM/MUET 2011 ditetapkan seperti butiran di bawah :

Tarikh Tempat Daerah

11 Jan 2011 SMK Tanjung Puteri Baling/Sik & Kulim/Bandar Baharu

12 Jan 2011 SMK Sungai Layar, Sg Patani Kuala Muda / Yan

13 Jan 2011 BTPN, JPN Kedah, Alor Setar K. Setar/Kbg Pasu/
P. Terap/ Pendang/ Langkawi

Semua SU dan Penyelaras yang tidak mendapat surat panggilan mesyuarat/Taklimat ini sila hubungi pegawai bertugas di talian 04-7007655 atau melalui e-mail muet.kedah@gmail.com

Diharapkan tuan/puan dapat menghadirkan diri kerana pendaftaran STPM dan MUET mulai kali ini akan dilakukan secara atas talian dan semua pembayaran dibuat melalui BSN atau Perbankan Internet.

Jangan lupa untuk membawa komputer riba yang mempunyai kemudahan wifi atau broadband dan senarai nama calon yang akan menduduki berserta no KP mereka.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan/puan untuk melengkapkan diri menghadiri taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih.

mesej dari Admin UPUPLN

Wednesday, January 5, 2011

Tukar Cara Mendaftar Untuk Calon Persendirian MUET/STPM

sekiranya mengunakan EFT sila gunakan carta pertama
Kepada Semua bakal calon yang akan mendaftar MUET 2011 sila ambil perhatian bahawa carta alir pendaftaran untuk MUET adalah seperti di gambarajah sebelah

Tuesday, January 4, 2011

MUET AT 2010 : Mengambil Keputusan dari PPD


Kepada yang terlibat yang belum menerima surat ini menerusi e-mail sila hubungi e-mail untuk saya e-mail semula surat tersebut

sekian, terima kasih

Sunday, January 2, 2011

Pendaftaran Secara On-line Calon-calon Persendirian

Kepada
Penolong Pegawai PPD Peperiksaan
Satu Taklimat Pendaftaran Calon Persendirian MUET/STPM akan diadakan sperti butiran di bawah ;

Tarikh : 04 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi hingga 4.30 Ptg
Tempat : Anjung Perdana, JPN Kedah,

Mohon kerjasama Pen. Peg. PPD yang belum mendapat surat panggilan taklimat untuk segera menghubungi UPUPLN untuk menyelesaikan masalah tersebut.

sekian, terima kasih.

Tuesday, November 2, 2010

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENGENDALIAN MUET AT/STPM 2010

Kepada
Ketua Pengawas,
Penyelia Kawasan dan
Penolong Pegawai PPD Peperiksaan

Satu Taklimat Keselamatan dan Pengendalian akan diadakan sperti butiran di bawah ;

Tarikh : 09 NOVEMBER 2010 (Selasa)

Masa : 8.00 Pagi hingga 4.30 Ptg

Tempat : Hotel Sungai Petani, 08000 Sg Petani, Kedah.

Mohon kerjasama semua Penyelia Kawasan yang mempunyai Ketua Pengawas yang belum mendapat surat perlantikan dan panggilan taklimat untuk segera menghubungi UPUPLN untuk menyelesaikan masalah tersebut.

sekian, terima kasih.