BLOG INI DICETUSKAN UNTUK MEMBERI ALTERNATIF KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT TERKINI DARI UNIT PRA U, PROFESIONAL DAN LUAR NEGERI
Friday, February 3, 2012
Pemilihan Petugas sudah siap
Friday, January 27, 2012
Data Pendaftaran Calon MUET Sesi Mac 2012
Setelah pendaftaran memperbaiki keputusan telah ditutup sepenuhnya berikut adalah data statistik untuk pendaftaran calon bagi Negeri Kedah
1. Calon Sekolah/Institusi Kerajaan 486 orang
2. Calon Sekolah Swasta 6 orang
3. Calon Persendirian 1262 orang
4. Calon Matrikulasi 262 orang
5. Calon Diploma tiada
6. Calon Ijazah 140 orang
7. Calon Sekolah Kerajaan Negeri tiada
26 Pusat dipilih dari seluruh Negeri Kedah bagi dijadikan pusat Ujian Muet Sesi Mac 2012 kali ini.
Mesyuarat Penyelarasan MUET Speaking Sesi Mac 2012
Akan diadakan seperti butiran berikut :-
Tarikh : 15 Febuari 2012 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tenpat : Bilik Seminar, Aras 2, PPD KMY,
Sg Petani, Kedah.
Semua pemeriksa yang terlibat diwajibkan hadir. Kehadiran tuan/puan adalah syarat utama untuk dilantik sebagai pemeriksa muet speaking.
Sekian,
makluman untuk semua
Saturday, December 17, 2011
Pendaftaran Mac 2012 bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan muet
Daripada tarikh keputusan Muet AT2011 sehingga 19 Jan 2012. Calon-calon yang ingin mendaftar sila dapatkan no. pin MEC dari kaunter BSN dengan bayaran RM101 sahaja dan melayari www.mesp.gov.my/online untuk meneruskan proses pendaftaran secara atas talian.
Sekian
Saturday, October 22, 2011
Pendaftaran MUET Mac 2012
2. Semua pusat ujian muet yang sedia ada akan diberi tahu melalui surat arahan pendaftaran yang akan mula di hantar mulai 23/10/2011.
3. E-mail juga akan dihantar ke semua alamat e-mail sekolah dan su atau penyelaras yang ada dalam rekod UPUPLN.
4. Proses pendaftaran sama seperti sebelum ini, semua cara boleh dirujuk dari www.mpm.edu.my
5. Pusat-pusat yang dibuka untuk calon persendirian adalah terhad.
6. Calon yang ingin mendaftar boleh membeli pin mec dari BSN dengan bayaran sebanyak RM101.
7. Layari www.mesp.gov.my/online bagi melengkapkan proses pendaftaran yang dibuat.
Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk melancarkan fasa pendaftaran Muet Mac 2012.
Sekian, terima kasih.
Pesanan ikhlas Dr
Nor Rizuwan Abdullah
Penolong Pengarah (Muet)
Saturday, October 15, 2011
Calon-Calon MUET Akhir Tahun 2011 Jangan dok makngot lagi....
Jadi mereka tu boleh le lagi dibantu sebab ada fasa 2 ujian speaking pada 18,19 @ 20 okt 2011.
Klu 3 hari tu terlepas maka tak dapat leee Saya menolong lagi yeee...
Maka tolong le semak dan hadirkan diri masing-masing untuk diuji di pusat yg telah dijadualkan oleh MPM.
Semakkan MUET/D di www.mpm.edu.my
Sunday, October 2, 2011
Mesyuarat Penyelarasan MUET AT 2011
1. Zon Selatan ( PPD KMY, BS & KBB) pada 03 Okt 2011 (Isnin) bertempat di SMK Ibrahim, Sg Petani.
2. Zon Utara (PPD LKW, KP, KS, PT & PD) pada 04 Okt 2011 (Selasa) bertempat di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlon.
Semua yang terlibat ialah Pegawai Peperiksaan PPD, Penyelia Kawasan, Ketua Kumpulan, Ketua Pasukan & Pemeriksa diharapkan dapat menghadirkan diri bagi perlaksanaan yang berkualiti tinggi.