PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Saturday, October 15, 2011

Calon-Calon MUET Akhir Tahun 2011 Jangan dok makngot lagi....

Terdapat 2....3 kes dah ni hubungi saya bagi tau bahawa mereka tak tau yang tarikh ujian speaking kena pada 11,12 @ 13 okt 2011.
Jadi mereka tu boleh le lagi dibantu sebab ada fasa 2 ujian speaking pada 18,19 @ 20 okt 2011.
Klu 3 hari tu terlepas maka tak dapat leee Saya menolong lagi yeee...
Maka tolong le semak dan hadirkan diri masing-masing untuk diuji di pusat yg telah dijadualkan oleh MPM.
Semakkan MUET/D di www.mpm.edu.my
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 2, 2011

Mesyuarat Penyelarasan MUET AT 2011

Maklumat mengenai Mesyuarat Penyelarasan tersebut akan diadakan seperti berikut:
1. Zon Selatan ( PPD KMY, BS & KBB) pada 03 Okt 2011 (Isnin) bertempat di SMK Ibrahim, Sg Petani.
2. Zon Utara (PPD LKW, KP, KS, PT & PD) pada 04 Okt 2011 (Selasa) bertempat di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlon.
Semua yang terlibat ialah Pegawai Peperiksaan PPD, Penyelia Kawasan, Ketua Kumpulan, Ketua Pasukan & Pemeriksa diharapkan dapat menghadirkan diri bagi perlaksanaan yang berkualiti tinggi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 21, 2011

Pengedaran Slip Meja Muet AT 2011

Makluman kepada semua Pusat-pusat Utama Muet AT 2011 pengedaran Slip Meja bagi Ujian bertulis 19 Nov 2011. Akan diadakan pada 29 September 2011 Masa 8-12 tgh sila bawa cop rasmi sekolah untuk pengesahan penerimaan. Sila hubungi pegawai peperiksaan ppd jika mempunyai masalah pada masa tersebut. Sekian terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, September 11, 2011

Cetak MUET/D Mulai 8 September 2011

1. Bermula 8 September 2011 MPM telah pun memuat naik semua Slip MUET/D ( Pendaftaran) di laman web www.mpm.edu.my calon yang membuat pendaftaran.
2. Semua calon boleh mula mencetak dan menyemak slip MUET/D masing-masing di laman web www.mpm.edu.my
3. Jika terdapat kesilapan maklumat sila isikan borang pembetulan maklumat yang boleh di muat turun dari pautan Muat Turun laman portal ini.
4. Sebarang permohonan menumpang Pusat Ujian boleh dibuat dengan mengunakan borang yang boleh diambil dari halaman semakan tersebut.
5. Sekian, segala usaha dan kerjasama daripada tuan-tuan/puan-puan dalam menjayakan Ujian MUET Akhir tahun 2011 didahului dengan ucapan Terima Kasih.

Friday, September 9, 2011

Muet/D -cara mendapatkannya

Semua calon boleh mula mencetak slip MUET/D dari www.mpm.edu.my bermula 8 September 2011
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 29, 2011

Ucapan SELAMAT MERDEKARAYA

Kami di UPUPLN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Merdeka kepada semua Tuan-Tuan Pegawai Peperiksaan Daerah, Tuan-Tuan dan Puan Penyelia Kawasan, Tuan dan Puan-Puan Ketua Kumpulan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan seterusnya Penolong Pengawas dan Pemeriksa dan tidak dilupakan kepada semua yang menyumbang ke arah kemajuan pengendalian MUET/STPM di Kedah.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 11, 2011

Calon STPM 2011 Boleh Mencetak LPKC

Kerjasama dari semua setiausaha STPM sekolah-sekolah yang menjadi pusat peperiksaan STPM 2011. LPKC Calon masing-masing boleh mula dicetak dari laman web www.mpm.edu.my
Published with Blogger-droid v1.7.2