PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Thursday, March 7, 2013

Hari yang dinanti-nantikan 09/03/2013(Sabtu)

kMuet Sesi Mac 2013 akan berlangsung pada tarikh di atas. Semua calon yang telah mengambil ujian Speaking perlu hadir ke pusat-pusat mengikut Muet/D masing-masing.Kami di SPP, JPN Kedah ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua calon Muet Sesi Mac 2013.

Tuesday, February 26, 2013

MUET SPEAKING SELESAI

Selama 6 hari calon Muet Speaking melalui satu komponen ujian iaitu Speaking yang pemberatan keseluruhan 15% membawa markah keseluruhan komponen ini ialah 45.

Thursday, January 3, 2013

BERITA PANAS ! Keputusan Muet Sesi Nov 2012

Semua Calon dan Penyelaras/Setiausaha boleh mula menyemak Keputusan bermula 12.01 pagi 08/01/2013 melalui SMS, manakala secara online di www.mpm.edu.my mulai 10.00 pagi semsa Keputusan diumumkan secara Rasmi oleh Ketua Eksekutif MPM.
Calon-calon Sekolah/Institusi akan mendapat keputusan di Sekolah/ Institusi mereka pada masa tersebut manakala calon persendirian akan mendapat Slip Keputusan melalui Pos.
Tempoh untuk semak semula keputusan ialah 2 minggu selepas tarikh pengumuman manakala tarikh tutup pendaftaran semula ialah 14 Januari 2013.
Pendaftaran seperti kebiasaan di www.mesp.gov.my/online

Thursday, October 25, 2012

Mesyuarat Pengendalian Keselamatan STPM/MUET 2012 Peringkat Negeri Kedah

Telah pun diadakan pada 23-24/10/2012 bertempat di Hotel Cinta Sayang Golf and Country Resort Sungai Petani. Kehadiran semua Pegawai Peperiksaan Daerah, Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas yang akan menjayakan Pengendalian Peperiksaan kali ini amat dihargai. Kami di UPPUPLN mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bertugas dan menjalankan dengan integriti yang tinggi.

Thursday, September 20, 2012

PENDAFTARAN MUET SESI NOV 2012 DATANG LAGI

Cepat-cepat masa & tempat terhad untuk pendaftaran Muet Sesi November 2012, semua calon yang ingin memperbaiki keputusan boleh mendapatkan pin MEC dari BSN terdekat dan menyempurnakan pendaftaran secara online di portal www.mesp.gov.my/online sebelum 11.59 mlm (26/09/2012) bagi membolehkan MPM mengesahkan pendaftaran calon-calon yang telah membeli Pin MEC tersebut.
INGAT : Belian Pin MEC bukanlah bukti pendaftaran calon yang sah. Sila semak Muet/D untuk pengesahan pendaftaran mulai 5/10/2012

Tuesday, September 18, 2012

Cetakkan MUET/D mulai Hari ini

Kepada Semua Penyelaras /Setiausaha Muet Ins/Sek boleh mula mencetak Muet/D dari laman web www.mpm.edu.my

Wednesday, September 12, 2012

LPKC STPM BOLEH MULA DICETAK

MAKLUMAN KEPADA SETIAUSAHA DAN CALON PERSENDIRIAN
CETAKKAN LPKC BOLEH DIBUAT DARI www.mpm.edu.my
sekiranya terdapat pembetulan maklumat sila hubungi kami di JPN atau MPM bagi memperbetulkan kesilapan maklumat yang berlaku.
sekian

Monday, September 3, 2012

Pemilihan Petugas Bertulis plak sedang disiapkan

Kepada Guru-Guru yang ingin menjadi pengawas untuk mengawas Peperiksaan STPM Baharu 2013 (Penggal 1), STPM Terminal 2012 & MUET Sesi Nov 2012 dialu-alu untuk menghubungi secara terus di talian 04-7404228/4229 dengan meninggalkan maklumat yang diperlukan.

Thursday, August 30, 2012

Sesi Pemilihan Pemeriksa telah pun siap

Hari telah berlangsung sesi pemilihan pemeriksa memperlihatkan kesukaran dalam memilih pemeriksa kerana bilangan yang dicadangkan tidak mencukupi namun pemilihan berjaya diselesaikan dengan bantuan senarai dari Pengurusan Tingkatan 6 yang membantu

Friday, August 17, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Kami di Seksyen Muet, Unit Pra U, Profesional dan Luar Negeri, SPP JPN Kedah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Setiausaha dan Penyelaras Muet SM/IPT , Pengawas, Pemeriksa, Ketua Pengawas, Ketua Pasukan, Ketua Kumpulan, Penyelia Kawasan, Pegawai Peperiksaan di PPD dan semua yang terlibat dalam urusan Muet Kedah semua sesi ujian. Kami amat berbangga dengan penglibatan semua pihak dalam menjayakan Pengendalian Muet di Kedah

Thursday, August 9, 2012

LPKC UNTUK STPM TERMINAL 2012

Boleh mula disemak dan dicetak oleh calon atau Setiasusaha STPM Sekolah di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan butiran Nama, No Kad Pengenalan dan lain-lain maklumat, sila hubungi Pegawai Meja STPM untuk tindakan susulan bagi memperbaiki butiran yang salah tersebut sebelum 15 Ogos 2012 (Rabu)

Thursday, July 26, 2012

SUDAH TIBA, UJIAN BERTULIS PULAK

Ujian Muet Sesi Julai 2012 akan dijalankan seperti butiran di bawah :
Tarikh : 28 Julai 2012 (Sabtu)
Masa   : 800/3 Reading 8.00 Pagi - 9.30 Pagi
              800/4 Writing   10.00 Pagi - 11.30 Pagi
              800/1 Listening 12.00 tgh - 12.30tgh


Wednesday, July 25, 2012

Taklimat Ketua Pengawas kepada Pengawas

Seperti butiran berikut :
Tarikh : 26 April 2012 (Khamis)
Tempat : Semua Pusat Muet Sesi Julai 2012
Masa : 2.30 Petang

Monday, July 16, 2012

Taklimat Pengendalian dan Keselamatan Peringkat Negeri Kedah

Akan diadakan seperti butiran berikut :
15 Julai 2012 (Ahad) PPD Kuala Muda Yan bertempat SMK Kota Kuala Muda
16 Julai 2012 (Isnin) PPD LK/KP/KS/PT/PD bertempat SMK Kubor Panjang
17 Julai 2012 (Selasa) PPD BSik/KBBaharu bertempat SMK Agama Sik
Semua Pegawai Peperiksaan PPD, P. Kawasan dan Ketua Pengawas Terlibat sila hadirkan diri seperti butiran di atas.
Sekian Terima Kadih

Tuesday, July 10, 2012

Last Day Speaking Test For Muet July 2012

Kepada semua calon yang belum menduduki ujian Lisan, walaupun apa masalah yang dihadapi sebelum ini. Sila hadirkan diri di mana-mana pusat muet yang masih beroperasi di Negeti Kedah. Untuk mengetahui pusat mana yang masih beroperasi sila hubungi 04-7404000 JPN Kedah Unit Pengendalian Muet untuk keterangan lanjut.

Thursday, July 5, 2012

MUET Speaking Masih ada 3 hari

Kepada semua K, Q n R serta calon yang dijadualkan untuk menduduki ujian lisan pada 9, 10 n 11 Julai 2012 sila ambik perhatian untuk menghadirkan diri tepat pada masa yang telah tertera di MUET/D

Monday, July 2, 2012

READY TO START MUET SPEAKING JULAI 2012

Kepada semua calon yang terlibat, sila pastikan anda tidak terlepas hari ujian lisan, sila hadir pada hari, masa dan sesi yang tertera pada MUET/D yang boleh dimuat turun dari laaan web www.mpm.edu.my

Monday, June 11, 2012

Taklimat Pendedahan PBS STPM Baharu dan Pendaftaran On-Line

Taklimat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 Jun 2012( Selasa)
Vanue : Hotel Cinta Sayang GCR, Sg Petani, Kedah.
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Semua Pengetua dan Setiausaha STPM Sekolah yang bertingkatan 6, dijemput menyertai Majlis Taklimat ini. Turut hadir menyampaikan ucap tama ialah Tuan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan.
Penerangan akan disampaikan oleh Pegawai dari Majlis Peperiksaan Malaysia, Penolong Pengarah dari Sektor Pengurusan Sekolah dan Akademik jugak tidak ketinggalan dijemput bagi melengkapkan majlis.
Sekian, makluman terkini

Tuesday, June 5, 2012

TAKLIMAT PENDEDAHAN PENTAKSIRAN STPM BAHARU 2013

Akan diadakan seperti butiran di bawah:
Tarikh: 12/06/2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Venue: Dewan Rajawali,
Hotel Cinta Sayang GCR
Sungai Petani, Kedah.
Makluman kepada Semua Pengetua Sekolah Menengah bertingkatan Enam dan Setiausaha Peperiksaan STPM semua Sekolah tersebut bagi menghadirkan diri bersama-sama ke Majlis di atas.
Sila maklumkan kepada Pegawai Meja STPM sekiranya pihak Tuan/Puan tidak mendapat surat panggilan mesyuarat tersebut.