PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Thursday, August 30, 2012

Sesi Pemilihan Pemeriksa telah pun siap

Hari telah berlangsung sesi pemilihan pemeriksa memperlihatkan kesukaran dalam memilih pemeriksa kerana bilangan yang dicadangkan tidak mencukupi namun pemilihan berjaya diselesaikan dengan bantuan senarai dari Pengurusan Tingkatan 6 yang membantu

Friday, August 17, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Kami di Seksyen Muet, Unit Pra U, Profesional dan Luar Negeri, SPP JPN Kedah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Setiausaha dan Penyelaras Muet SM/IPT , Pengawas, Pemeriksa, Ketua Pengawas, Ketua Pasukan, Ketua Kumpulan, Penyelia Kawasan, Pegawai Peperiksaan di PPD dan semua yang terlibat dalam urusan Muet Kedah semua sesi ujian. Kami amat berbangga dengan penglibatan semua pihak dalam menjayakan Pengendalian Muet di Kedah

Thursday, August 9, 2012

LPKC UNTUK STPM TERMINAL 2012

Boleh mula disemak dan dicetak oleh calon atau Setiasusaha STPM Sekolah di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan butiran Nama, No Kad Pengenalan dan lain-lain maklumat, sila hubungi Pegawai Meja STPM untuk tindakan susulan bagi memperbaiki butiran yang salah tersebut sebelum 15 Ogos 2012 (Rabu)