PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Tuesday, July 27, 2010

Pendaftaran MUET AT 2010 untuk semua calon telah ditutup pada 22 Julai 2010

Sebarang rayuan untuk mendaftar selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak PPD/JPN Kedah.
Pemberitahuan kepada semua Pihak Sekolah/Institusi serta calon yang telah mendaftar. pendaftaran semua calon dalam proses untuk dikemaskini oleh Pihak JPN dan MPM.
Pihak Sekolah /Institusi akan dihubungi bagi menyerahkan MUET D kepada calon-calon yang telah disahkan pendaftaran oleh MPM sebelum tarikh ujian Muet Lisan berlangsung.
Oleh sebab itu, SU dan Pengawai yang menguruskan Muet di Institusi-institusi dinasihatkan agar merujuk ke blog ini untuk mendapatkan maklumat dari masa ke semasa bagi mendapatkam info terkini mengenai Ujian MUET AT 2010.
Sekian, terima kasih atas kerjasama Tuan/Puan SU-SU yang telah menjalankan proses pendaftaran dengan lancar dan berkesan.