PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Saturday, October 22, 2011

Pendaftaran MUET Mac 2012

1. Akan dibuka bermula 1 Nov hingga 17 Nov 2011.
2. Semua pusat ujian muet yang sedia ada akan diberi tahu melalui surat arahan pendaftaran yang akan mula di hantar mulai 23/10/2011.
3. E-mail juga akan dihantar ke semua alamat e-mail sekolah dan su atau penyelaras yang ada dalam rekod UPUPLN.
4. Proses pendaftaran sama seperti sebelum ini, semua cara boleh dirujuk dari www.mpm.edu.my
5. Pusat-pusat yang dibuka untuk calon persendirian adalah terhad.
6. Calon yang ingin mendaftar boleh membeli pin mec dari BSN dengan bayaran sebanyak RM101.
7. Layari www.mesp.gov.my/online bagi melengkapkan proses pendaftaran yang dibuat.
Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk melancarkan fasa pendaftaran Muet Mac 2012.
Sekian, terima kasih.

Pesanan ikhlas Dr
Nor Rizuwan Abdullah
Penolong Pengarah (Muet)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

Calon-Calon MUET Akhir Tahun 2011 Jangan dok makngot lagi....

Terdapat 2....3 kes dah ni hubungi saya bagi tau bahawa mereka tak tau yang tarikh ujian speaking kena pada 11,12 @ 13 okt 2011.
Jadi mereka tu boleh le lagi dibantu sebab ada fasa 2 ujian speaking pada 18,19 @ 20 okt 2011.
Klu 3 hari tu terlepas maka tak dapat leee Saya menolong lagi yeee...
Maka tolong le semak dan hadirkan diri masing-masing untuk diuji di pusat yg telah dijadualkan oleh MPM.
Semakkan MUET/D di www.mpm.edu.my
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 2, 2011

Mesyuarat Penyelarasan MUET AT 2011

Maklumat mengenai Mesyuarat Penyelarasan tersebut akan diadakan seperti berikut:
1. Zon Selatan ( PPD KMY, BS & KBB) pada 03 Okt 2011 (Isnin) bertempat di SMK Ibrahim, Sg Petani.
2. Zon Utara (PPD LKW, KP, KS, PT & PD) pada 04 Okt 2011 (Selasa) bertempat di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlon.
Semua yang terlibat ialah Pegawai Peperiksaan PPD, Penyelia Kawasan, Ketua Kumpulan, Ketua Pasukan & Pemeriksa diharapkan dapat menghadirkan diri bagi perlaksanaan yang berkualiti tinggi.
Published with Blogger-droid v1.7.4