PENGURUSAN SECARA ATAS TALIAN

Tuesday, April 6, 2010

MUET/D dan Slip Meja

Alor Setar 5 April 2010
1. Proses pengedaran MUET/D untuk calon SI telah dijalankan di semua Pejabat PPD Daerah Seluruh Negeri Kedah bagi menyampaikan MUET/D kepada calon-calon yang telah mendaftar Ujian Muet Pt 2010.
2. Manakala Slip Meja untuk SU/Penyelaras peperiksaan Pusat Ujian Muet di kedah untuk proses penyediaan pusat ujian bertulis.
3. Bagi Penyediaan Pusat ujian bertulis dan ujian Lisan, dipohon kerjasama dari pihak SU/ Penyelaras Pusat Ujian menyiapkannya sebelum lawatan ke pusat dilakukan oleh Ketua Pengawas atau Ketua Pasukan untuk kedua2-dua Ujian.
4. Makluman kepada Semua calon sila simpan Muet/D dengan cermat kerana ianya adalah dokumen penting ketika hadir ke ujian MUET Bertulis dan Lisan. Semasa hadir ujian semua calon mesti membawa Kad Pengenalan dan MUET/D ini sebagai pengesahan calon unruk menduduki Ujian.
5. Makluman Kepada Calon Persendirian yang telah mendaftar anda seharusnya telah mendapat Muet/D yang telah dihantar oleh MPM terus kepada anda. Jika Masih tidak menerima sila hubungi kami ditalian 04-7007655 (En. Nor Rizuwan bin Abdullah) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
6. Semoga Calon-calon dapat bersedia bagi menghadapi Ujian yang akan diadakan ini. Kami di UPUPLN mengucapkan selamat menduduki Ujian dengan jayanya.
Sekian, terima Kasih
Dr Administrator
MUETKEDAH.BLOGSPOT.COM